Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Follow|Dashboard

Sunday, March 16, 2014

Aku tak perlu couple untuk bahagia.


Memang lah aku sunyi. Aku sunyi bila takde sape wish good morning/good night kat aku. Aku sunyi bila takde sapa tanya khabar aku. Aku sunyi bila takde sape nak dengar masalah aku. Aku sunyi bila takde sape rasa manja aku. Aku sunyi.

Dan aku cemburu tengok orang lain. Yang ada apa yang aku tak ada...

Tapi bahagiakah mereka? Andai hubungan itu sebenarnya haram? Yang sebenarnya hubungan itu menjauhkan diri dari Allah?

Ada satu sebab utama aku tak nak couple. Allah.

Aku sedar... kalau aku bercouple, mesti aku akan lupa diri. Lupa Allah. Aku akan ingat kekasih aku lebih drpd aku ingat Allah. Sepatutnya Allah di tempat pertama, tapi aku letakkan Dia di tempat kedua. Aku takut berlaku zina. Sebab bila aku teringat/termimpi/berangan/mengimpikan/merindukan kekasih aku, ia akan jadi zina hati. Aku takut........ sedangkan aku baru hendak berubah. Aku baru tersedar dari mimpi aku selama ni. Allah yang kejutkan aku dari lena. Aku bertaubat. Aku tak sanggup ulang kesilapan lepas. Aku bukan lagi aku yang lama.... yang sesuka hati melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Terang-terangan aku terleka. Leka dengan cinta monyet dunia. Aku leka sehingga aku melupakan Allah.

Dan ketika itu Allah tarik segala nikmat yang Dia pernah berikan kepada aku. Dan aku terjatuh. Aku terhempas. Aku tersungkur ke tanah. Barulah aku sedar.... aku dah terlampau jauh dari Allah!

Mujur Allah masih sayangkan aku. Dia masih memberi peluang untuk aku hidup. Dia masih memberi peluang untuk aku bertaubat. Sekarang, aku rasa couple tu tak perlu. Kalau boleh, pasangan hidup aku nanti... aku nak suruh ayah & ibu yang cari. Sebab aku takut bakal suami aku tak mampu bimbing aku ke syurga. Aku sendiri masih terkontang-kanting berjalan. Berjalan mencari redha Allah. Kalau pasangan aku sendiri tak penuh solat, apatah lagi aku?? Cukup solat, tahu baca al-quran pun dah cukup bagus untuk aku. Insyaallah.

Memang kadang-kadang aku rasa perit. Perit menanggung rasa pada orang yang tak memahami. Tapi demi jihadku ke jalan Allah.. aku redha. Mungkin aku akan dikurniakan seseorang yang lebih sempurna dari apa yang aku impikan. Insyaallah.. Allah lebih Mengetahui.

Aku tak perlu couple untuk bahagia. Kerana kebahagiaan itu ada dihadapanku, Allahuakbar!

Jauhkan aku dari sifat keduniaan ya Allah dan dekatkanlah aku kpd akhirat. Agar aku selalu mengingatimu.
Jauhkanlah aku dari memikirkan dia dan jauhkanlah dia dari mengingatiku. Ya Allah makbulkan permintaan hambaMu ini :)))



Assalamualaikum. Nadheera xx



No comments :